Monday, February 25, 2013

Penangan Semalam Masih Belum Sembuh

Kita bersua lagi & Amir pun mula menulis lagi.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Isnin, 25/03/2013, Pagi: Agak mendung & Cerah, Petang: Hujan
Lokasi: Bilik Asrama smentara menunggu Azan Fardhu Maghrib

Letih. Fuh, tadi rasa sudah tidak terdaya untuk mengorak langkah pulang ke asrama setelah balik dari kolej. Jadual bertugas membersihkan makmal terus berjalan dengan giliran kami membersih BILIK PLASTER. Memang penat ditambah pula bilik inilah yang paling ramai akan merungut apabila sampai giliran membersihkan bilik ini.
Bayangkan, plaster (hasil gipsum), sisa-sisa lilin, air, kotoran, serbuk resin akrilik dan macam2 lagi bertempiaran entah apa punca sebenar.
Apa kan daya, tugas tetap perlu dilaksanakan.

25----TARIKH PENTING BAGI SEMUA PENJAWAT AWAM(dan lain-lain)
mana tidaknya, gaji jatuh pada hari ini(kecuali situasi2 tertentu)! Berbaris panjang di ATM untuk mengambil duit elaun buku yang dikhabarkan akan dimasukkan ke dalam akaun hari ini akan tetapi belum lagi. Nasib baik duit elaun pelatih sudah dikeluarkan lebih awal maka barisan yang panjang tadi tidaklah saya perlu harungi sehingga berada di hadapan ATM.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak lama lagi, peperiksaan pertengahan tahun semester 2 akan bermula.
hmmmm....
sebelum itu, minggu ini, HARI SABTU kami akan mula bercuti untuk pertengahan semester, agak janggal, cuti sebelum peperiksaan.
Latihan Praktis Profesional pula perlu disiapkan untuk melayakkan masuk peperiksaan teori akhir semester 2. Masa yang tinggal untuk menyiapkannya cuma 1 bln sahaja lagi, belum dikira cuti, makan, minum, main, rehat & peperiksaan praktikal formatif, MEMANG AMAT SINGKAT!!

Yang penting, Sabtu ini, balik ke SABAH dulu meneyelesaikan sebarang perkara yang patut dan berusaha untuk mengulang kaji pelajaran yang masih belum digarap sepenuhnya.
Sama2 doakan kejayaan kita bersama ya.
Amir pun doakan kalian semua.





Beginilah situasinya di sini. 8pagi - 5petang, kuliah, praktis profesional menajdi suatu rutin.
aktiviti tambahan luar waktu kerja belum ditambah lagi dalam perancangan harian. Memang, perkara ini perlu difahami bagi seorang pelatih yang menuntut di kolej ini. Bukan sahaja di kolej ini, di mana jua, senarionya hampir serupa.
Amir ambil ini sebagai pengorbanan yang paling bermakna. Nak tahu sebabnya?
Sebab......sewaktu bekerja nanti, semua yang dilalui seperti ini sudah tidak dapat dirasai lagi...
Memori sewaktu belajarlah yang paling manis sekali.

Bagi pendapat Amir, waktu belajar inilah, kita BELAJAR PELBAGAI PERKARA.
Amir pun tidak pernah menyangka sudah banyak yang dipelajari di sini bermula daripada menyesuaikan diri di tempat orang sehingga ke penggarapan ilmu2 yang dipelajari di kolej.
Memang satu pengalaman baharu.
Adik2 yang akan menjejakkan kaki ke pengajian yang lebih tinggi, perasaan yang mungkin sama akan adik alami juga akhirnya.

Amir pernah katakan pada diri sendiri:
"Belajar untuk mendengar dan mengaplikasi apa yang baik menerusinya"
Entri2 Amir ini pun sebenarnya mengajar Amir kembali untuk sentiasa memperbaiki diri dan meneruskan perjalanan hidup untuk ke hadapan...

Yang Pasti, Amir akan merujuk ke Yang Maha Esa terlebih dahulu sebelum yang lainnya..
Bergaul dengan pelatih yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN membantu fikiran dan tingkah laku Amir untuk menjadi lebih dewasa dan bersifat matang & rasional. Terima Kasih Abang2 & Kakak2 semua!!!

Sebenarnya, banyak lagi mahu dikongsi bersama tapi azan MAGHRIB sudah berkumandang maka itulah petanda untuk menunaikan Solat Maghrib. InsyaALLAH, di ruang waktu yang akan datang,
Amir kongsi lagi ya...:)
Sampai bertemu lagi di alam maya....

Assalamualaikum & Sampai di sini dulu...

p/s: jangan lupa nantikan entri yang akan datang menyusul..:) Amir pun mahu menulis lagi...:)

No comments:

Post a Comment