Saturday, November 20, 2010

Hari2 T'akhir B'sama....

Salam Pertemuan.....

p/S: Adat sbg manusia, Pertemuan & Perpisahan pasti berlaku.....

Baru saat ini [saya] merasa bagaimana berpisah dgn orang2 yang ku sayang....
Pertama, kehilangan abang t'sygku...
Sekarang, teman2 yang selalu m'buatku ketawa @ menangis...
.....\"Sedih"/......

Ku luangkan masa t'akhir itu b'sama mrka..
Sukar rsanya untuk mengucapkan "JUMPA LAGI" bila tidak diketahui saat bertemukah lagi???
Sukar menyatakan "SELAMAT TINGGAL" andai tidak bersua buat kedua kalinya??

HAH!!!!!

Wednesday, July 28, 2010

Pertandingan Pidato 1 MALAYSIA Peringkat Kebangsaan 2010

Alhamdulillah....

Hajat bertandang penuh deringan,
Setinggi arcala harapan dijulang;
Kuala Lumpur arena seantero gerangan,
Penentu kegemilangan Yang Maha Pemenang.

           -----___----____----_____---____----____----____----____-----____----
                         27 & 29 Julai 2010
           PERTANDINGAN PIDATO 1 MALAYSIA
               PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

                                  Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia
                                                 Balai Seni Lukis Negara
                                  Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka
        ____----____----____---_____----____----_____----____----____----___----__

INFO PERTANDINGAN:

15 buah negeri
30 orang pemidato

JOHAN membawa RM1 000, trofi & sijil
NAIB JOHAN membawa RM750, trofi & sijil
KETIGA membawa RM500, trofi & sijil
KE-4, KE-5 & KE-6 membawa RM150 & sijil

SEPARUH AKHIR:

KUMP A - Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia
 15 orang pemidato
  3 orang ke AKHIR
KUMP B - Balai Seni Lukis Negara Malaysia
 15 orang pemidato
  3 orang ke AKHIR

AKHIR:

AUDITORIUM DEWAN BAHASA & PUSTAKA
6 orang pemidato

^^>>>>>>ikuti hikayat kami.....>>>>>>
Agak mendebarkan juga rentapan kali ini.....
  Apa tidaknya???!!! Sesilang 5 tahun tidak berentap di pentas pidato adalah satu lonjakan bergolek apabila
nikmat rezeki yang ALLAH kuriakan datang bergolek tatkala sedang dalam penjelajahan menghadapi
SPM 2010 dan paling menggembirakan, "KEBANGSAAN"...

PEMIDATO dari NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU....
Saya memperkenalkan:

 >>>> Amir Hamzah Hassan <<<<<<
>>>> Isnorhainny Sarbini <<<<<<<<<

Selam 4 hari 3 malam kami berada disana, selama itu juga Kota METROPOLITAN tetap dengan kesesakannya tanpa menghiraukan kedatangan kami....(chewah...berseloroh nampak!!)

    Kami menginap di HOTEL KL INTERNATIONAL di Kampung Baru....
Alah, dekat ja dgn Jalan CHOW KIT!! Jalan Tunku ABDUL RAHMAN apatah lagi...

Semua negeri dikumpulkan sekali... Namun sedih jga, KELANTAN tak dapat hadir...

HARI PERTAMA

    Semua pemidato dalam perjalanan masing2 ke tempat yang bakal kami tinggal selama 3 malam.
Pada waktu malamnya pula, satu sesi taklimat berkenaan pertandingan pada keesokan harinya diadakan di
BILIK FUNCTION 1. Hotel ini ingin digambarkan sedikit latar belakangnya....(Wah, siap mengkaji tempat tinggal pula dah...) Selama dalam hidup saya, tak pernah ada hotel seANTIK ini....
   Mana tidaknya, naik lif smpi ke tingkat 3, kena ikut lif lain lagi.... Leceh2.... Takpe, inilah yang UNIK!!!

HARI KEDUA

   Pemidato2 sekalian, menaiki bas ke tempat pertamdingan masing2.. Saya dengan Bas A yang mambawa haluan ke Pentas Berentap 1 : Auditorium Perpustakaan Negara manakala Isnorhainny dengan Bas B yang menuju ke Pentas Rentapan  2 : Balai Seni Lukis Negara. Selesai agenda di Pentas Rentapan 2 lebih awal lebih kurang Jam 12:24tghari namun di Pentas Berentap 1, Jam 4ptg barulah selesai segalanya...
Pengumuman PEMIDATO AKHIR selepas tamat Pentas Berentap 1 selesai dengan dikumpulkan
kesemua 30 PEMIDATO SEANTERO MALAYSIA di Pentas Berentap 1.
    Cuma 6 orang terpilih, bukan rezeki kami berdua ( saya dan Isnorhainny)  bukan seorang daripadanya..


HARI KETIGA

     Pemidato yang tidak terpilih telah diatur untuk mengikuti lawatan ke:
            * Muzium Negara
            * KLCC 
    Pemidato Peringkat Akhir, dijangka mengikuti latihan untuk pertandingan AKHIR...
            * Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka


HARI KEEMPAT

    Kesemua Pemidato dikumpulkan semula di Auditorium DBP bagi menyaksikan
Pertandingan Akhir Pidato 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010. Selesai pertandingan, bagi pemidato yang tinggal di Semenanjung Malaysia akan balik pada hari ini juga manakala pada hari berikutnya pula,
peserta SARAWAK, SABAH dan LABUAN bakal mengikuti jejak yang sama.

            SELAMAT JUMPA LAGI, PEMIDATO GEMILANG SEKALIAN!!!


^^ Tiap Pertemuan Akhir Perpisahan
^^ Namun Nostalgia Tidak Mungkin Hilang di Pahatan Jiwa
^^ Tiap Kenangan Tak Semestinya Manis
^^ Namun belajarlah Untuk Menerima Hakikat Kepahitan...

Sekian....
Salam Pertemuan Kembali di Coretan Mendatang...
Kepada pembaca nukilan ini,
Jangan lupa, eratkan selalu pertemuan kita di sini!!



>>>
By:キ (Kyozaru / KIOZARU)

Thursday, June 10, 2010

PROGRAM "PERTAMAku" di TAHUN "PERTAMAku" [ Pembimbing Rakan Sebaya]

Rezeki dari YANG MAHA PENCIPTA....

Jawatan PRS, "Pembimbing Rakan Sebaya" di sekolah dilihat sebagai satu entiti yang memainkan peranan
yang sama berat tanggungjawabnya setaraf dengan PENGAWAS SEKOLAH....
Jangan pandang enteng perkara ini...

Tahun Pertama secara rasminya tugas ini saya galas pada tahun 2010...
Ada ura-ura yang mengatakan saya dilantik sejak tahun 2009... Tapi saya tidak ambil kisah....
Bila cikgu saya sendiri beritahu saya sendiri, barulah boleh dipercayai...^^

KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMKAKK-SEMAI
BANGUNAN KWSP, KOLEJ PTPL SABAH
29 MEI 2010

Tak lama kursus ini,
cuma mengambil masa bermula jam 8.00a.m. sehingga 4.30p.m.
Perbagai aktiviti disusun sebagai wadah mencapai objektif program.
Tahniah kepada penganjur....( Warga Pengajar PRS SMKAKK-SEMAI )

Entahlah, bagaimana hendak diselesaikan masalah ini...
Bila ada sahaja penggabungan aktiviti meliputi sekolah yang berbeza,
perkara ini pasti berlaku.....Dah tahu apa perkara itu??

KOMUNIKASI SESAMA SEKOLAH BERBEZA kurang berjaya....
Tempat duduk boleh dilihat jurangnya..
Terpaksa juga penganjur mengatur strategi...

Semasa kami rehat untuk minum pagi, setiap pelajar diarahkan untuk duduk berselang seli
antara 2 buah sekolah.... Terkejut sedikit kerana telah berubah kedudukan tempat duduk berbanding
sewaktu mula2 menjejakkkan kaki ke dalam bilik tempat kami berkursus...
Hah, tak apa.... Yang penting, UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!

Rancak sungguh bercerita, tak sampai seminit duduk bersebelahan..
Dah mula bercerita entah apa tajuk pokoknya pun tak terkira!!
Hah, ini barulah namanya PRS!!! Bijak menyesuaikan diri dalam perhubungan..

Seperti kelaziman setiap aktiviti,
LATIHAN DALAM KUMPULAN pasti ada!!
Kami diagihkan kepada 8 kumpulan...
Saya di kumpulan 3..



Ini ahli kumpulan saya... Saya yg kedua dari kanan...

Kejutannya, selama kami jalankan aktiviti dalam kumpulan,
setiap LANGKAH, setiap HASIL, setiap GERAK GERI kami dinilai...
Ini yang kami sendiri pun tak tahu...(walaupun saya dari awal dah tahu...hihi^^)

Aktiviti yang kami jalankan:
( 1 ) Buat anggota badan manusia tetapi dipecahkan kepada 8 kumpulan
         - kami kena buat tangan kiri
       Selepas itu, semuanya dicantumkan... Memang lawak selepas dicantum...
       Ada yang kecil sangat tak kurang juga yang besar sangat

( 2 ) Buat muka manusia tetapi sang pelukis ditutup matanya
       - kami satu-satunya kumpulan yang buat wajah PERMPUAN ( syukran sodikoh )
       Paling cantik lukisannya pun daripada kumpulan kami juga...
       Tapi esensinya, kerjasama diuji disini...

( 3 ) Seorang kena hafal dialog yang diberi oleh fasilitator
        - orang terakhir dalm kumpulan kami akan menulis semula dialog yang mungkin salah
           atau mungkin juga betul dengan dialog yang telah dihafal oleh seorang tadi.
       Alhamdulillah, pendengaran dan penghafalan ahli kumpulan saya bagus2 belak! Tahniah genk!

Dalam majlis penyampaian hadiah...
kami dapat TEMPAT PERTAMA!!!
Syukran Jazilan Ya Rabbi... Alhamdulillah....
Gembira tidak terhingga.... Tahniah juga buat semua sahabat2 PRS yang mengikuti program ini...
Berpeganglah selalu pada moto " BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN"..

Sekian, Adios!!^^                                        
Sayang korang semua, sahabat2 PRS!!

Tuesday, June 1, 2010

Perkampungan Ilmu SPM & STPM 2010 (Fasa II)

Alhamdulillah...

27 Mei - 01 Jun 2010
SMK AGAMA KOTA KINABALU.

6 Hari kami ( calon2 PMR, SPM & STPM ) berkampung di sekolah...
Tahniah kepada guru2 SMKAKK diatas inisiatif untuk menambahkan lagi tahap keberkesanan
proses pembelajaran dalam kelas.... MABRUK YA MU'ALLI!!!

Meski cuti selama 6 Hari terpaksa dikorbankan,
rasanya amat bermakna buat saya selaku pelajar yang tidak tersenarai dalam A LIST STUDENT...
Sekiranya proses ini diteruskan legasinya sebenarnya bisa dipahatkan sebagai
suatu khazanah yang boleh dicontohi rakan2 sekolah yang lain sekaligus dinobatkan sebagai identiti sekolah "SEKOLAH BERPRESTIJ" di Sabah khususnya!!

Tentaif yang disusun juga amat bertepatan!!!

Subjek BAHASA ARAB TINGGI misalnya, 
kebanyakkan pelajar mengganggap bahawa mata pelajaran ini amat sukar untuk skor LULUS!!
Namun setelah rakan2 dan saya sendiri menjalani sesi
"TEKNIK MENJAWAB KERTAS I & II BAHASA ARAB TINGGI" yang disisipkan bersama dalam perjalanan program ini ternyata mendapat keputusan gagal adalah lebih sukar sebenarnya berbanding untuk LULUS!!!! Sudah pasti, nakkan A+ perlukan usaha yang lebih lagi (kata penceramah sendiri), saya bersetuju dengan pendapatnya!!

Apa2 pun, selepas ini terpulang kepada usaha saya sendiri sama ada untuk mengecapi kecemerlangan yang diimpi... Yang terPENTING,

>>> USAHA diselangi dengan TAWAKAL KPD ALLAH <<<<
InsyaALLAH....Doakan saya ya AKHI wa UKHTI....

Nukilan:
Calon SPM 2010 (Sains Tulen) SMK AGAMA KOTA KINABALU
!!AIM FOR 11 A+!!

Friday, May 14, 2010

Pertandingan Bahas Ala Palimen Sekolah-Sekolah Dearah Kota Kinabalu 2010

Assalamualaikum...
Salam Ukhuwah....

Iftitah Kalam,

Ucapan syukur tak terhingga kepada ALLAH SWT.....
Tahun penuh sejarah suka dan duka...^^
Tak sangka, selepas legasi Abg Sxon, Kak Muthi'ah juga Kak Najwa tanpa sedar,
sudah tiba detiknya giliran saya meneruskan perjuangan mereka....

Tanpa sahabat2 yang sentiasa menyokong,
Mustahil dapat saya teruskan perjuangan yang sering menempah nama SMKAKK di persada perbahasan.

Kenangan manis dan pahit adat resam kehidupan,
kata orang, "asam garam kehidupan!"

Buat baik dibalas baik,
buat jahat jahat jugalah jawabnya!
Bukan mudah sebenarnya mencapai kegemilangan!!
Perbagai pengorbanan menuntut pasti!
Cuti, belajar, masa, tenaga malahan esensi sekali MENTAL perlu dikorban!
 _____________________________________________________________________________

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH KOTA KINABALU 2010

Pusingan AWAL
PLKN BERJAYA MEMBENTUK JATI DIRI REMAJA
>> By ( Menang Tanpa Bertanding )


Pusingan SUKU AKHIR
INTEGRASI NASIONAL ASAS PEMBANGUNAN NEGARA
       
                                SM ALL SAINTS
                                  
                              >> KERAJAAN <<
                    
                                           vs

                  SMK AGAMA KOTA KINABALU

                         >> PEMBANGKANG<<

.......USUL DITOLAK.....(Pembangkang)

Nantikan episod strsnya.....^^

P/s: Penat tgn menaip....hehehehe^^...