Tuesday, June 1, 2010

Perkampungan Ilmu SPM & STPM 2010 (Fasa II)

Alhamdulillah...

27 Mei - 01 Jun 2010
SMK AGAMA KOTA KINABALU.

6 Hari kami ( calon2 PMR, SPM & STPM ) berkampung di sekolah...
Tahniah kepada guru2 SMKAKK diatas inisiatif untuk menambahkan lagi tahap keberkesanan
proses pembelajaran dalam kelas.... MABRUK YA MU'ALLI!!!

Meski cuti selama 6 Hari terpaksa dikorbankan,
rasanya amat bermakna buat saya selaku pelajar yang tidak tersenarai dalam A LIST STUDENT...
Sekiranya proses ini diteruskan legasinya sebenarnya bisa dipahatkan sebagai
suatu khazanah yang boleh dicontohi rakan2 sekolah yang lain sekaligus dinobatkan sebagai identiti sekolah "SEKOLAH BERPRESTIJ" di Sabah khususnya!!

Tentaif yang disusun juga amat bertepatan!!!

Subjek BAHASA ARAB TINGGI misalnya, 
kebanyakkan pelajar mengganggap bahawa mata pelajaran ini amat sukar untuk skor LULUS!!
Namun setelah rakan2 dan saya sendiri menjalani sesi
"TEKNIK MENJAWAB KERTAS I & II BAHASA ARAB TINGGI" yang disisipkan bersama dalam perjalanan program ini ternyata mendapat keputusan gagal adalah lebih sukar sebenarnya berbanding untuk LULUS!!!! Sudah pasti, nakkan A+ perlukan usaha yang lebih lagi (kata penceramah sendiri), saya bersetuju dengan pendapatnya!!

Apa2 pun, selepas ini terpulang kepada usaha saya sendiri sama ada untuk mengecapi kecemerlangan yang diimpi... Yang terPENTING,

>>> USAHA diselangi dengan TAWAKAL KPD ALLAH <<<<
InsyaALLAH....Doakan saya ya AKHI wa UKHTI....

Nukilan:
Calon SPM 2010 (Sains Tulen) SMK AGAMA KOTA KINABALU
!!AIM FOR 11 A+!!

No comments:

Post a Comment