Thursday, June 10, 2010

PROGRAM "PERTAMAku" di TAHUN "PERTAMAku" [ Pembimbing Rakan Sebaya]

Rezeki dari YANG MAHA PENCIPTA....

Jawatan PRS, "Pembimbing Rakan Sebaya" di sekolah dilihat sebagai satu entiti yang memainkan peranan
yang sama berat tanggungjawabnya setaraf dengan PENGAWAS SEKOLAH....
Jangan pandang enteng perkara ini...

Tahun Pertama secara rasminya tugas ini saya galas pada tahun 2010...
Ada ura-ura yang mengatakan saya dilantik sejak tahun 2009... Tapi saya tidak ambil kisah....
Bila cikgu saya sendiri beritahu saya sendiri, barulah boleh dipercayai...^^

KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMKAKK-SEMAI
BANGUNAN KWSP, KOLEJ PTPL SABAH
29 MEI 2010

Tak lama kursus ini,
cuma mengambil masa bermula jam 8.00a.m. sehingga 4.30p.m.
Perbagai aktiviti disusun sebagai wadah mencapai objektif program.
Tahniah kepada penganjur....( Warga Pengajar PRS SMKAKK-SEMAI )

Entahlah, bagaimana hendak diselesaikan masalah ini...
Bila ada sahaja penggabungan aktiviti meliputi sekolah yang berbeza,
perkara ini pasti berlaku.....Dah tahu apa perkara itu??

KOMUNIKASI SESAMA SEKOLAH BERBEZA kurang berjaya....
Tempat duduk boleh dilihat jurangnya..
Terpaksa juga penganjur mengatur strategi...

Semasa kami rehat untuk minum pagi, setiap pelajar diarahkan untuk duduk berselang seli
antara 2 buah sekolah.... Terkejut sedikit kerana telah berubah kedudukan tempat duduk berbanding
sewaktu mula2 menjejakkkan kaki ke dalam bilik tempat kami berkursus...
Hah, tak apa.... Yang penting, UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!

Rancak sungguh bercerita, tak sampai seminit duduk bersebelahan..
Dah mula bercerita entah apa tajuk pokoknya pun tak terkira!!
Hah, ini barulah namanya PRS!!! Bijak menyesuaikan diri dalam perhubungan..

Seperti kelaziman setiap aktiviti,
LATIHAN DALAM KUMPULAN pasti ada!!
Kami diagihkan kepada 8 kumpulan...
Saya di kumpulan 3..



Ini ahli kumpulan saya... Saya yg kedua dari kanan...

Kejutannya, selama kami jalankan aktiviti dalam kumpulan,
setiap LANGKAH, setiap HASIL, setiap GERAK GERI kami dinilai...
Ini yang kami sendiri pun tak tahu...(walaupun saya dari awal dah tahu...hihi^^)

Aktiviti yang kami jalankan:
( 1 ) Buat anggota badan manusia tetapi dipecahkan kepada 8 kumpulan
         - kami kena buat tangan kiri
       Selepas itu, semuanya dicantumkan... Memang lawak selepas dicantum...
       Ada yang kecil sangat tak kurang juga yang besar sangat

( 2 ) Buat muka manusia tetapi sang pelukis ditutup matanya
       - kami satu-satunya kumpulan yang buat wajah PERMPUAN ( syukran sodikoh )
       Paling cantik lukisannya pun daripada kumpulan kami juga...
       Tapi esensinya, kerjasama diuji disini...

( 3 ) Seorang kena hafal dialog yang diberi oleh fasilitator
        - orang terakhir dalm kumpulan kami akan menulis semula dialog yang mungkin salah
           atau mungkin juga betul dengan dialog yang telah dihafal oleh seorang tadi.
       Alhamdulillah, pendengaran dan penghafalan ahli kumpulan saya bagus2 belak! Tahniah genk!

Dalam majlis penyampaian hadiah...
kami dapat TEMPAT PERTAMA!!!
Syukran Jazilan Ya Rabbi... Alhamdulillah....
Gembira tidak terhingga.... Tahniah juga buat semua sahabat2 PRS yang mengikuti program ini...
Berpeganglah selalu pada moto " BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN"..

Sekian, Adios!!^^                                        
Sayang korang semua, sahabat2 PRS!!

Tuesday, June 1, 2010

Perkampungan Ilmu SPM & STPM 2010 (Fasa II)

Alhamdulillah...

27 Mei - 01 Jun 2010
SMK AGAMA KOTA KINABALU.

6 Hari kami ( calon2 PMR, SPM & STPM ) berkampung di sekolah...
Tahniah kepada guru2 SMKAKK diatas inisiatif untuk menambahkan lagi tahap keberkesanan
proses pembelajaran dalam kelas.... MABRUK YA MU'ALLI!!!

Meski cuti selama 6 Hari terpaksa dikorbankan,
rasanya amat bermakna buat saya selaku pelajar yang tidak tersenarai dalam A LIST STUDENT...
Sekiranya proses ini diteruskan legasinya sebenarnya bisa dipahatkan sebagai
suatu khazanah yang boleh dicontohi rakan2 sekolah yang lain sekaligus dinobatkan sebagai identiti sekolah "SEKOLAH BERPRESTIJ" di Sabah khususnya!!

Tentaif yang disusun juga amat bertepatan!!!

Subjek BAHASA ARAB TINGGI misalnya, 
kebanyakkan pelajar mengganggap bahawa mata pelajaran ini amat sukar untuk skor LULUS!!
Namun setelah rakan2 dan saya sendiri menjalani sesi
"TEKNIK MENJAWAB KERTAS I & II BAHASA ARAB TINGGI" yang disisipkan bersama dalam perjalanan program ini ternyata mendapat keputusan gagal adalah lebih sukar sebenarnya berbanding untuk LULUS!!!! Sudah pasti, nakkan A+ perlukan usaha yang lebih lagi (kata penceramah sendiri), saya bersetuju dengan pendapatnya!!

Apa2 pun, selepas ini terpulang kepada usaha saya sendiri sama ada untuk mengecapi kecemerlangan yang diimpi... Yang terPENTING,

>>> USAHA diselangi dengan TAWAKAL KPD ALLAH <<<<
InsyaALLAH....Doakan saya ya AKHI wa UKHTI....

Nukilan:
Calon SPM 2010 (Sains Tulen) SMK AGAMA KOTA KINABALU
!!AIM FOR 11 A+!!