Monday, April 11, 2011

Tuhan Telah Lenyap??

Assalamualaikum..
Ana ada entri KHAS buat antum sume...
Ana amat tertarik dgn nukilan yang ana dah baca ni....
Sememangnya mengagumkan...
Penulisnya tdk kurang hebatnya....
Berilmu.... Islamik.... Bermanfaat buat Manusia Zaman Moden...!!
Selamat Membaca...     ^___^
p/s: Semoga satu hari nanti, ana pun nak jd seorg yg amat berilmu seprti beliau....

إن شاء الله...


" Di dunia ini, Tuhan menyayangi orang yang mengimaniNya juga menyayangi orang yang mengingkariNya. Sangat dahsyat kasih sayang Tuhan, sehingga seorang manusia yang lemah, yang kalau sakit gigi sedikit sahaja pun sudah mengadu siang dan malam. Yang sedemikian lemahnya manusia itu tetapi begitu berani menyatakan bahawa Tuhan telah dilenyapkan oleh ilmu pengetahuan. Orang yang seperti itu pun ada di dunia ini akan tetapi disayangi Tuhan. Diberi makan, diberi pakaian, diberi penghasilan yang cukup bahkan dijadikan luar biasa terkenalnya."


"Tadi kita telah mendengar bersama bagaimana canggihnya Viktor Murasov menunjukkan kehebatannya. Dia mengaum bagai haiwan buas yang begitu bernafsu merobek-robek Tuhan dan membinasakan Tuhan dengan sebinasa-binasanya."


"Meskipun begitu Tuhan tetap masih sayang kepadanya. Tuhan tidak memerintahkan jantung yang ada di dadanya untuk berhenti berdenyut. Tidak. Tuhan tidak memerintahkan hati yang ada di dalam badannya untuk berhenti menapis racun. Tidak. 
Tuhan masih memberikannya kesempatan untuk terus hidup"


"Tuhan juga tidak mengirimkan taufan dan badai kemarahan kepadanya. Tidak. Kenapa? Sebab Tuhan tahu bahawa kata-kata Victor Murasov itu tidak lebih berharga dari sampah semata-mata. 
Tidak ada nilainya sama sekali. 
Kata-katanya sama sekali tidak sedikit pun menggugat kewujudan Tuhan."


Ketika membaca bait demi bait kata di atas, saya amat terpegun dan kagum.
Impresi pertama yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah....
"Inilah realiti hari ini, 
MANUSIA ZAMAN MODEN sudah mulai meminggirkan Tuhan dalam segenap aspek kehidupan."


Amat menarik kisah yang diketengahkan oleh penulis ini.
Tidak diduga, variasi ilmunya dikongsi bersama dalam penceritaan beliau...
Bermanfaat buat kita...
Benar kata ungkapan menarik yang pernah berbicara: " Membaca Jambatan Ilmu"...
Siapakah beliau??
Maklumat Lanjut...???
Bacalah....
Hasil nukilan beliau yang amat bernas ini....
Karya Sasterawan.....


PEMENANG PENGHARGAAN SASTERA NUSANTARA PERINGKAT ASIA TENGGARA




Sekian sahaja dahulu....
Moga >> ANDA << turut sama memperolehi sesuatu yang bermanfaat melaluinya...
Salam Ukhuwwah Filah Abdan Abada...
Wallhu 'Alam...


Yang Benar,
阿米尔哈姆扎
[ Ā mǐěr hā mǔ zhā ]

No comments:

Post a Comment