Sunday, February 24, 2013

Sudah Banyak Yang Telah Berubah...

Assalamualaikum w.b.t....  ^_^
Salam Sejahtera....

Rasanya sudah lama Amir tidak kemaskini laman blog ni.
Bukan sengaja tetapi komitmen utama sekarang ini lebih kepada pembelajaran. Sebelum itu, minta maaf banyak2 ya para pembaca sekalian....
Oleh itu, komitmen Amir untuk menulis blog terpaksa diketepikan buat sementara waktu sehingga terdapatnya masa yang terluang utuk menulis semula, seperti ketika tulisan ini ditulis...(^_^)

Hari ini, 24/02/2012,
Amir dan rakan2 telah cipta satu pencapaian baharu dengan peningkatan prestasi yang baik...
Bagi Amir, ia merupakan satu permulaan yang baik.
Pertandingan BOLA TAMPAR anatara Pelatih2 PUSAT PERGIGIAN KANAK-KANAK & KOLEJ LATIHAN PERGIGIAN MALAYSIA (PPKK & KLPM) telah dianjurkan bertempat:

Gelanggang Bola Tampar, Asrama Penginapan Pelatih Lelaki, PPKK & KLPM

Sebenarnya, ada lagi sukan lain yang dianjurkan seperti:
BOLA JARING & FUTSAL. Tapi Amir minat main BOLA TAMPAR(biarpun tidaklah sehandal mana tapi tetap mahu keseronokan bermain bersama rakan-rakan itu yang dicari), jadi sukan inilah yang Amir sertai.

Kategori2 yang dipertandingkan:
- Perempuan
- Lelaki
yang melibatkan PELATIH2 JURURAWAT PERGIGIAN, JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN & PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN.

Perlawanana diadakan secara liga, dipendekkan cerita, ada 4 pasukan bertanding.....
Keputusan pasukan Amir.......2 kalah, 1 menang...
HAH! Ini yang nak diceritakan ni...

Kalau tahun lepas (2012), pasukan Amir(yang dibarisi oleh pemain2 yang sama, TERIMA KASIH KAWAN2) tidak berjaya memperoleh sebarang kemenangan menentang mana2 pasukan namun tetap puas bermain. Punya pengalaman menentang pasukan2 yang hebat2 belaka menjadi pengalaman yang amat berharga.

Tahun ini, 2013, kami cuba untuk bangkit semula dengan 1 kemenangan, cukup memberikan kami kedudukan yang selesa di tempat KETIGA keseluruhan dengan membawa pulang:

RM 50  


HAMPER BERNILAI RM 50
Alhamdulillah....:)
Satu pengalaman yang cukup bermakna dalam sukan yang diadakan secara tahunan ini...
Semoga memori ini terus jadi ingatan (sebabnya, Amir main tak handal, jadi dapat hadiah ini pun sudah kira beruntung sangat).
Sokongan dan kerjasama rakan2 amat membantu... TAHNIAH1253253464x....

Baiklah sampai di sini saja dulu. Ada kelapangan di waktu yang lain, Amir sambung pula dengan pelbagai cerita yang menarik. InsyaALLAH...
Sampai jumpa lagi,
Assalamualaikum w.b.t &
Jumpa Lagi....:)


No comments:

Post a Comment